Thursday

Kursus Penataran Bahasa Melayu 1/2011 @ Gambang Resort Kuantan

Oleh sebab kursus pun dah "Penataran Bahasa Melayu" maka biarlah entry ini pun mengikut tema :-)

Kursus diadakan dari 13 hingga 17 Mac 2011 di Bukit Gambang Resort, Kuantan.

Tempat macam menarik tetapi sebenarnya kena banyak belanja. Kepada sesiapa yang berminat nak pergi ke resort tersebut, jangan risau kerana ATM pun memang disediakan di kawasan lobi.



Takkan nak berkursus sepanjang masa kan? Ada juga program product update yang membawa peserta melawat tempat-tempat menarik seperti Cherating dan daerah Kemaman.



Ini di Kg. Cherating (kalau tak silap) di mana kami disambut oleh Salleh (bukan pakcik tu yang bernama Salleh) yang sangat gigih menayang gigi seolah-olah nak menakutkan orang :p


Salleh sedang gigih bekerja, mengikut arahan pakcik... :-)


Ini pula di pusat anyaman mengkuang. Memang sangat menarik tempat ini, malah barang-barang yang dijual di sini pun murah harganya berbanding dengan tempat lain. Kalau singgah ke sini, belilah sedikit hasil kerja tangan penduduk di sini sebab hasilnya akan diberi kepada mereka juga. Tempat ini merupakan pool tempat mereka mengumpul semua hasil kerja tangan penduduk untuk diagihkan kepada kedai-kedai dan juga dijual di premis tersebut.



Kemudian, kami bergerak pula untuk minum petang di gerai Che Wan. Makanan yang disediakan memang sangat sedap. Kami makan pun tak pandang kiri-kanan dah, semua bedal sampai licin ~ lol





Kemudian kami dibawa ke Pantai Telok Mak Nik untuk sedikit taklimat berkenaan dengan isu penyu yang mendarat di sini. Isu ini mungkin boleh dikongsikan nanti.


Selepas itu, kami dibawa pula ke turtle sanctuary di Cherating. Maaf, tiada gambar yang diambil di sana sebab masing-masing sibuk mencari tandas :-p
Kemudian, kami dibawa untuk melihat kelip-kelip @ kunang-kunang. Saya memilih untuk menunggu di atas bas memandangkan lutut saya mengalami sedikit kecederaan dan saya tidak mahu mengambil risiko menaiki bot.

Gambar di atas menunjukkan lokasi makan malam kami bertemakan BBQ pada malam terakhir di sana. Bukan... bukan yang di tepi kolam renang tu, tetapi yang di tingkat bawah yang tersusun meja dan kerusi :-) Selain daripada makanan yang banyak sampai tak termakan, acara karaoke juga diselitkan sekali. Sempat juga saya pegang mic untuk empat lagu :-D :-D :-D

Sekian dulu entry saya yang bertemakan mood kursus.

Terima kasih.

2 comments:

  1. rasa macam masuk blog orang lain plak bila baca dalam bahasa melayu.. hehe...
    apa2pun.. bab gambar selingan tu yg lebih menarik sebenarnya... hmm.. terfikir.. kenapa org suka sangat gunakan nama saleh pada beruk yer? dah byk kali terjumpa berok yg nama saleh.. kalau yg betina pulak ada yg guna nama leha (ini jiran sebelah rumah kat kg punya berok) agaknya short form dari nama saleha kot.. kekekeke..

    apa2pun.. otak2 dengan satar yg dah tinggal kulit tu jugak yg akak dok terliur.. huhu...

    ReplyDelete
  2. ahahaha... kan?
    sajer nak buat kelainan, sekali2 lari dari yg biasa :-D

    mmg sata situ SANGAT sedap, cuma sedikit manis. saya pernah makan yg ada cili padi tu, yg tu lagi kick la kan... manis2 pedas gitu :-D :-D

    otak-otak mmg excellent. kitorg siap mintak tambah ok... sampai org tu ckp "dah habis" huhuhuhuuuu....

    ReplyDelete

Followers