Aci tak kalau nak meroyan sikit waktu lunch break ni?
Ni semua gara-gara idea yang 'sangat bernas' untuk mengikut arahan dan kemahuan orang lain tanpa mengira tahap kesukaran dan kesusahan rakyat sendiri...
Senang cerita gini la..
Kita ni ambik pembantu (ntah kenapa istilah sekarang ni "amah"??) untuk menyenangkan kita dari segi kerja-kerja rumah, dan jugak tolong tengok2 anak kita waktu kita kerja. Nak hantar nursery memang boleh, tapi faham ajer la tahap kualiti some nurseries. Hygiene jugak satu issue yang memang saya sangat2 concerned bila masuk bab2 nursery yang ada ni.
First, demand cuti seminggu sekali.
Fine!
Daripada rumah kat Puchong ni, aku anta la maid aku gi Kg Baru (rumah sedara dia) tu pagi, then petang ambik dia. Agak2 hilang tak penat dia? Aku rasa dia lagi penat sebab dia jenis orang yang mabuk kalau travel lama2 dlm kereta.
Arrangement aku dgn dia skrg senang -- tiap bulan dia dpt 3 days 2 nites off. Dia bole gi shopping2, jalan2 kat KLCC, jumpa kawan yg dia kenal melalui "KAWAN DIGI" dan sebagainya, and bole jugak kalau dia just nak lepak aje kat rumah sedara dia tu.
Aku pun tak penat nak hantar dia pagi ambik petang, all the way dari Puchong tu.
Then, nak pulak demand gaji minimum RM600.
Gaji ni bukan issue la sangat, but soal prinsip.
Aku tak pernah segregate maid aku tu... in fact, pegi holiday, aku belikan jugak tiket kapal terbang sebab dia tak pernah naik, so nak kasi dia experience. Dok hotel, tak kira la Cherating ke, Langkawi ke... aku bayar extra room utk dia duduk SINGLE ok. Aku tak suruh pun dia jaga anak aku sepanjang cuti tu, anak aku tido dgn aku. Dia cuma tolong aku jaga Aina time kita keluar makan sama-sama. Kalau dia nak merayau kat bazaar depan hotel, aku biarkan aje.
Kitorg pegi Morib semata2 utk menikmati seafood, kita bawak dia. Kita pegi makan kat restoran2 di shopping mall, kita ajak sekali. Shampoo dia aku beli -- dia mintak jenama Pantene ok sebab jenama lain rambut dia tak sesuai, gugur banyak. Sabun mandi dia Lux yer, bukan cap tesco atau giant dan sebagainyer. Keperluan 'wanita' lain, aku belikan dia brand yang sama aku pakai, takde pun aku cari yang murah semata2 pasal dia tu PEMBANTU aku.
Aku masak steak kat rumah, steak jugak la makanan dia. Aku grill salmon, tu jugaklah makanan dia.
Orang tu senang2 aje nak demand mcm2. Abis semua majikan kena cop yang begitu begini.
Waktu lunch pun nak abis dah, esok aku cuti, plan nak bawak maid pegi beli baju raya dia.. PUN AKU YANG BELI.
AM
Kak... saya pun kena lebih kurang macam tu.
ReplyDeleteHujung bulan nih maid kena hantar balik permenantly.. tukar lain. Sbb buat perangai sangat. Sebelum saya sakit jantung, baik dia balik sana as per her request. Keje tak sampai 5 bulan, rugi..
hah..camni takut la nk amik maid..too demanding pun payah...
ReplyDeletetp sy ader makcik..punya maid yg sgt baik glerr..bukan buat2 punyer baik la, mmg baik..siap ajar anak makcik tu ngaji lagi, pastu solat tak pernah tinggal..tudung tak pernah bukak depan kitorang..tp sygnyer skang dah balik indon sbb nk jaga mak dier..kalau dpt maid camtuh, sepuluh pun sanggup kan??....
ermm actually, maid saya setakat ni mmg ok sgt... yg dok bebel kat atas tu pasal mcm2 yg dok kuar dlm paper kebelakangan ni... kalau diorg enforce benda2 tu semua, mcm la gerenti takde masalah kan... kalau org tak jujur, mesti la akan cari jalan nak beat the system. in the end, org2 innocent mcm kita ni yg susah. mcm apa ntah..............
ReplyDelete